Tajuk Kenyataan Akhbar Keempat- Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

JATA.gif

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR KEEMPAT

 

STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM makanan IMPORT dari TAIWAN  

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

 

Senarai produk makanan keluaran Taiwan yang disahkan tidak mengandungi DEHP adalah seperti di Lampiran 1. KKM dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia.

 

Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan  kawalan  telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

 

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653 atau laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my

 

 

Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

3 JUN 2011

 

 

LAMPIRAN 1

 

 

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN YANG DIANALISA DAN DIDAPATI TIDAK TERCEMAR DEHP

 

BIL.

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Cranberry Juice Cocktail  

OCEAN SPRAY

2

Cranberry Refreshers  

OCEAN SPRAY

3

Mango Flavour Coconut Jelly  

e.BEN

4

Fruitgurt Yogurt Style  

NEW CHOICE

 

 

 

 



Ditambah pada 02-06-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran