Tajuk Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia : Tiada Elemen Politik di dalam Urusan Profesional
Penerangan

JATA.gif

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Tiada elemen politik di dalam urusan profesional

 

Adalah menjadi tanggungjawab setiap penjawat awam khususnya golongan profesional untuk tidak mencampuradukkan elemen politik di dalam melaksanakan tanggungjawab professional masing-masing. Hospital-hospital Kerajaan juga tidak seharusnya dijadikan platform untuk mempromosikan mana-mana parti politik. Pihak pengurusan Hospital Kuala Lumpur telah diberi teguran mengenai kenyataan yang tidak sesuai dan tidak tepat melalui sepucuk surat yang telah dikeluarkan baru-baru ini. Namun begitu, adalah menjadi suatu kewajiban dan tanggungjawab professional setiap penjawat awam untuk mematuhi serta menyokong keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan yang memerintah. Integriti tersebut amatlah penting bagi memastikan keberkesanan serta kestabilan jentera Kerajaan seterusnya menjamin kelancaran pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi memajukan negara ini ke hadapan.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

8 Mac 2013

Putrajaya

 

 

JATA.gif

PRESS STATEMENT

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

Apolitical in discharging professional duties

 

It is well understood that public servants especially the professionals shall be apolitical in discharging their professional duties. All Government hospitals shall not be used to promote any political party. The Management of Hospital Kuala Lumpur has been given cautionary advice about the inappropriateness and inaccuracy of the recent letter issued. Having said that, it is important to acknowledge that it is our professional obligation as public servants to comply and support policy decision of the Government of the day. Such integrity is crucial to ensure effectiveness and stability of government machinery thus promoting smooth implementation of various initiatives to move the country forward.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

8 March 2013

Putrajaya


Ditambah pada 07-03-2013 04:00:00