Print
Tajuk Mohon Ambil Tindakan Kepada Penghuni kuarters HKL Yang Membela Anjing Di Dalam Rumah
Akhbar METRO
Tarikh Siaran 18-04-2014
Kategori ADUAN AKHBAR (SMS)
Dikeluarkan Oleh DATO" DR. ZAINNIAH BINTI MOHD ZAIN Pengarah Hospital Kuala Lumpur
Maklum Balas Dengan hormatnya merujuk kepada kiriman sms oleh “KAKAKIKUKA” (IMB97168) mengenai permohonan untuk pihak Pengurusan Kuarters Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil tindakan kepada penghuni yang membela binatang peliharaan (anjing) di rumah. 2. Peraturan mengenai larangan membela binatang peliharaan termasuk anjing di dalam rumah dan kuarters telah sedia dimaklumi oleh semua penghuni kuarters melalui syarat-syarat yang terkandung dalam Perintah Am Bab E dan Surat Pejanjian Menduduki Kuarters yang ditandatangani oleh setiap penghuni. 3. Unit Perumahan, Cawangan Pentadbiran HKL bersama dengan anggota Cawangan Keselamatan turut melakukan pemeriksaan mengejut dan bancian dari rumah-ke rumah secara berkala bagi memastikan penghuni mematuhi semua syarat yang terkandung dalam perjanjian termasuk perkara seperti di atas. Penghuni kuarters disarankan untuk menyalurkan maklumat lengkap kepada Unit Perumahan HKL atau Ketua Blok dengan agar tindakan lanjut dapat diambil. 4. Pihak HKL ingin memperjelaskan tindakan sewajarnya telah diambil dan pemantauan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa. Sekian,terima kasih.