Tajuk ALAT PENGUJIAN DARAH TIADA BERFUNGSI DI KLINIK KESIHATAN KAPAR
Akhbar TAMIL NESAN
Tarikh Siaran 09-11-2014
Kategori ADUA AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DR KOMATHI A/P BALUSAMY RADIA, Pegawai Penyeleras Aduan, Pejabat Kesihatan Daerah Klang
Maklum Balas Untuk makluman tuan / puan, pihak PKD Klang telah menjalankan siasatan terhadap aduan berkenaan dan didapati berasas kerana mesin pengujian darah Full Blood Count FBC mula mengalami masalah sejak 18/8/2014. Ini disebabkan kerana mesin FBC memerlikan load yang besar dan bekalan load tidak mencukupi untuk menampung beban penggunaan barangan dan peralatan di dalam makmal. Pihak PKD Klang telah memohon peruntukan dari pihak JKNS dan dalam proses membaiki sistem pendawaian elektrik di Jabatan Pesakit Luar Klinik Kesihatan Kapar. Pihak PKD Klang memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi semasa berurusan dengan pihak kami Sekian, terima kasih.