Maklum Balas |
Unit Hemodialiasis Hospital Rompin masih belum beroperasi kerana terdapat masalah teknikal Reversed Osmosis System yang masih belum diperbaiki. Pihak Jabatan Kesihatan negeri Pahang telah memanjangkan masalah ini kepada Bahagian kejuruteraan KKM dan tindakan segera telah diambil dan sedang dalam pelaksanaan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Cawangan Kesihatan kerja raya.
Untuk makluman, terdapat 7 buah mesin hemodialisis di Hospital Rompin yang akan dapat beroperasi setelah masalah di atas diselesaikan dalam masa terdekat. Selain itu, terdapat 34 orang pesakit Pusat Hemodialisis YKN yang beroperasi di bandar Rompin dengan kapasiti 9 buah mesin hemodialisis. |