Jenis tender | TERBUKA | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kategori perolehan | BEKALAN | ||||||||
Tajuk tender | Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mengkonfigurasi Dan Mentauliah Guna Komputer Peribadi Dan Komputer Riba Di Kementerian Kesihatan Malaysia. No. eBiding |
||||||||
Kod bidang | |||||||||
No. Jadual | T/P & P 43/2013 | ||||||||
Harga Dokumen (RM) | |||||||||
Tarikh Iklan | |||||||||
Tarikh Tutup | 30-04-2013 04:00:00 | ||||||||
Kelayakan kontraktor | Tawaran e-Bidding adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 210101, 210103, 210107 dan telah ePerolehan enabled dalam bidang yang berkaitan bagi menyertai e-Bidding | ||||||||
Penerangan |
1. Rujuk Jadual
2. Syarikat yang berminat untuk menyertai e-Bidding ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri Sesi Taklimat e-Bidding pada hari tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 16 April 2013 ( Selasa)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 5, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya
3.Syarikat DIWAJIBKAN membawa bersama sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia yang asal dan masih sah tempoh sahlakunya beserta salinan sijil tersebut untuk kegunaan Jabatan (tidak dikembalikan). 4.Hanya dua (2) orang dibenarkan hadir sesi taklimat bagi mewakili satu (1) organisasi syarikat yang berminat. 5. Iklan ini juga boleh diakses di laman web ePerolehan iaitu www.eperolehan.com.my
6.Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem ePerolehan dan cadangan ini perlu dikemukakan secara manual pada atau sebelum 30 April 2013 (Selasa), jam 12.00 tengah hari. Semua dokumen sokongan tender (seperti katalog, profil syarikat dan lain-lain) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis No. Rujukan Unik yang dijana oleh sistem ePerolehan. Sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender beralamat seperti di atas pada atau sebelum 30 April 2013 (Selasa), jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan diterima. 7.Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran. 8.Syarikat/Firma/Koperasi/Pemilikan Tunggal* hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih;
Atau Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM4,800 bagi pesanan bernilai RM1.2 juta atau lebih.
*Yang mana berkenaan
Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.
|
||||||||
Lampiran | |||||||||
Lampiran | |||||||||
Lampiran | |||||||||
Lampiran | |||||||||
Lampiran |
Dokumen boleh diperolehi di:
Bahagian Perolehan dan Penswastaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 7, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.
pada waktu pejabat seperti berikut:
ISNIN - KHAMIS
8.00 PAGI - 1.00 PETANG
2.00 PTG - 4.00 PETANG
JUMAAT
8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
2.45 PTG - 4.00 PETANG