Secara umumnya, objektif Program KOSPEN WOW dilaksanakan adalah untuk membina pekerja yang sihat dan produktif dengan persekitaran kerja yang kondusif ke arah pembentukan budaya kerja yang sihat.
Objektif khusus:
- Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja agar mempraktikkan gaya hidup yang sihat
- Untuk pengesanan awal dan intervensi penyakit tidak berjangkit
- Untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam organisasi
- Untuk mengurangkan kos perubatan secara langsung dan tidak langsung
- Untuk mendapat pulangan pelaburan yang berkesan ke atas sumber manusia di dalam organisasi.
|
Kemaskini pada 2022-01-10 11:01:00 daripada kospenp_admin