KOSPEN WOW - Hidup yang Aktif

 

image    Terdapat banyak kebaikan senaman yang dapat meningkatkan produktiviti dan daya fokus seseorang pekerja. Senaman dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian. Ia juga dapat mempertingkatkan harga diri, mengurangkan keresahan dan mengurangkan tekanan mental selain dari mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung. Bagi menggalakkan senaman dan gaya hidup yang aktif, majikan perlu mewujudkan suasana organisasi yang menyokong persekitaran gaya hidup aktif. Majikan perlu menggalakkan pekerja mengamalkan gaya hidup aktif. Berikut adalah disenaraikan rangkaian aktiviti bagi Skop Hidup Yang Aktif:

KOSPEN@Aktiv 

Penggunaan aplikasi BookDoc bagi memantau dan menggalakkan aktiviti fizikal

Trek Laluan Berjalan Kaki 

Amalan 10,000 langkah sehari

Jom Guna Tangga

Meningkatkan keupayaan kardiovaskular, menguatkan dan memantapkan otot terutamanya bahagian bawah tubuh di samping menjimatkan kos elektrik di tempat kerja.

X-Break 

Aktiviti regangan ringkas di tempat duduk dan dilakukan di antara waktu bekerja

Aktiviti Fizikal Berjadual

Aktiviti fizikal berjadual di hari bekerja mengikut masa yang sesuai sekurang-kurangnya sekali seminggu

Pertandingan Sukan

Mengaktifkan diri, mewujudkan networking

Mewujudkan Ruang / Sudut Kecergasan di tempat Kerja

Tempat rujukan pekerja untuk mendapatkan maklumat dan juga melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang sesuai pada waktu tertentu

Sudut Kecergasan

Tempat pekerja melakukan aktiviti riadah

 

 


Kemaskini pada 2022-01-10 06:59:19 daripada kospenp_admin

  •  
  • Print
  • Email this page