KOSPEN WOW - Skop Amalan Tidak Merokok

 

Tamalan tidak merokok kospen plusempat kerja adalah kawasan bebas asap rokok. Dua fokus utama untuk menjadikan tempat kerja bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok adalah seperti berikut:

  1. Persekitaran bebas rokok mengikut ketetapan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
  2. Saringan dan rawatan berhenti merokok di perkhidmatan berhenti merokok mQuit 

 

Pematuhan Prinsip Undang-Undang Antarabangsa

Tembakau dan produk tembakau merupakan komoditi dagangan yang dikawal di bawah undang-undang Antarabangsa iaitu WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) dan Malaysia telah menjadi anggota parti kepada konvensyen ini semenjak tahun 2005. Artikel 8 WHO FCTC iaitu melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok merupakan antara prinsip yang perlu dipatuhi di dalam melaksanakan aktiviti ini. Di antara prinsip utama di bawah konvensyen ini adalah memastikan tiada kawasan merokok atau bilik merokok demi melindungi golongan mereka yang tidak merokok. Majikan yang menyertai program ini adalah dikehendaki memastikan prinsip utama Artikel 8 WHO FCTC ini dipatuhi.

Pematuhan Kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004)

  1. Peraturan yang terlibat adalah Peraturan 11 iaitu Tempat Di Larang Merokok danPeraturan 12 iaitu tanggungjawab majikan atau tuan punya premis untuk memastikan tempat dilarang merokok yang diwartakan  bebas daripada sebarang aktiviti merokok
  2. Semua premis kerajaan atau tempat kerja kerajaan merupakan tempat yang diwartakan sebagai tempat larangan merokok termasuk bangunan dan kawasan sekitar, manakala bagi tempat kerja yang lain ia tertakluk kepada tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat
  3. Selain daripada itu  terdapat juga  kawasan dan bangunan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok di bawah Peraturan 22 iaitu Menteri mempunyai kuasa untuk mewartakan mana-mana tempat yang dirasakan perlu bagi melindungi masyarakat daripada bahaya asap rokok
  4. Bagi tujuan ini, majikan hendaklah terlebih dahulu memastikan status tempat kerja masing-masing sama ada tertakluk di bawah Peraturan 11 atau 22 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004)
  5. Bagi tempat kerja yang telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok, pematuhan kepada Peraturan 11 dan Peraturan 12 ini adalah sangat mustahak, manakala bagi tempat kerja yang tidak diwartakan, pembangunan polisi dalaman untuk menjadikan tempat kerja mereka bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok adalah digalakkan

 

Saringan dan rawatan berhenti merokok di perkhidmatan berhenti merokok mQuit

  • Saringan status merokok boleh dilakukan secara wajib ke atas semua pekerja dan semua pekerja baru.
  • Saringan boleh dilakukan secara pengakuan bertulis atau dibantu dengan penggunaan alat seperti Carbon Monoxide (CO) Analyser serta pemeriksaan status merokok oleh Pegawai Pergigian
  • Program perkhidmatan berhenti merokok yang dinamakan ‘Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit’ (http://jomquit.moh.gov.my), telah dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan berhenti merokok ini terdapat di fasiliti kesihatan kerajaan dan di fasiliti swasta yang telah diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Selain daripada itu majikan adalah digalakkan untuk mewujudkan program sokongan berhenti merokok melalui employer-employee benefit yang memperuntukkan sejumlah kewangan untuk menampung kos rawatan berhenti merokok pekerja mereka.

 

Pengiktirafan kepada majikan

  1. Penganugerahan Blue Ribbon Campaign iaitu Persijilan mQuit Health oleh Rakan Kongsi mQuit sebagai tambahan markah kepada Index Bangunan Hijau (Green Building Index)

image

 


Kemaskini pada 2022-01-10 06:57:47 daripada kospenp_admin

  •  
  • Print
  • Email this page