kertas putih kesihatan

Galeri - Pembentangan Kertas Putih Kesihatan di Parlimen

 

Dengan rendah hati, saya menzahirkan rasa syukur kerana Kertas Putih Kesihatan berjaya diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2023 dan Dewan Negara pada 26 Jun 2023. Saya lahir, belajar dan bekerja di hospital kerajaan. Saya membesar dan mendewasa di dalam sistem kesihatan negara. Pengalaman itu menyedarkan saya betapa sistem ini memerlukan perubahan. Ia memerlukan reformasi. Tekad saya, Kertas Putih Kesihatan adalah langkah pertama dalam perjalanan panjang mereformasi sistem kesihatan negara.

Demi para doktor yang melaburkan masa dan tenaga. Demi para jururawat yang memastikan sistem ini terus berfungsi dan bekerja. Demi ahli farmasi, para pegawai, warga sektor kesihatan dan rakyat Malaysia. Perjuangan mereformasi sistem kesihatan negara belum selesai. Ia baru bermula.

 

(Sumber FB Dr Zaliha binti Mustafa)

*Klik gambar untuk maklumat lanjut

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-12-13 16:05:03 daripada Admin HWP

  •  
  • Print
  • Email this page