Page 23 - e-Buletin November 2018
P. 23
LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KE
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH, PERAK
Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min,
Ketua Setiausaha Kementerian
Kesihatan Malaysia (KSU) telah
Ymengadakan Lawatan Kerja ke
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh
untuk melihat status kemajuan pembinaan Blok
Wanita dan Kanak-Kanak serta Pusat Kardiologi
HRPB pada 16 November 2018. Dalam lawatan
tersebut, YBhg Dato’ Seri Dr. telah dimaklumkan
bahawa, sehingga kini kemajuan projek ini
telah mencatat sebanyak 97% dan beliau amat
berharap agar projek ini dapat disiapkan dalam
masa yang ditetapkan. Seterusnya,beliau
juga berkesempatan untuk beramah mesra
bersama warga Jabatan Ortopedik, HRPB dan
kemudiannya ke Jabatan Dietetik & Sajian
dengan mengadakan lawatan ke kantin yang
baru di naik taraf dengan ruang makan yang
lebih selesa dan pelbagai pilihan menu untuk
kemudahan warga Kesihatan HRPB dan juga
pelawat. Lawatan ini juga disertai oleh YBhg.
Dato’ Dr. Ding Lay Ming, Pengarah Jabatan
Kesihatan Negeri Perak, YBrs. Dr. Teo Gim San,
Pengarah HRPB dan YBrs. Tuan Haji Muaz
Zawawi, Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Negeri Perak.
E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018 20