Page 11 - E-BULETIN KKM
P. 11
Persidangan Saintifik Kesihatan Sekutu ke-12
Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua
Pengarah Kesihatan (KPK) telah menyampaikan
ucaptama pada Persidangan Saintifik Kesihatan
YSekutu ke-12 pada 4 September 2018 di
Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Persidangan tersebut
bertemakan “Moving Healthcare Forward”. Profesion
Kesihatan Bersekutu (AHP) merupakan salah satu
tenaga kerja terbesar di Kementerian Kesihatan dengan
sekitar 30,000 profession penjagaan kesihatan bersekutu
dari 30 skim profesional (klinikal, makmal dan kesihatan
awam). Adalah penting bagi AHP untuk mempunyai
perubahan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan
kepada rakyat dengan menggunakan inovasi kreatif untuk
mencapai penjagaan yang berkualiti tinggi dengan kos
yang berpatutan. Melalui penggunaan inovasi teknologi,
platform digital dan kejuruteraan semula proses kerja,
boleh mewujudkan ekosistem ke arah gaya hidup sihat
dan pencegahan penyakit di dalam komuniti, rumah dan
individu.
E-BULETIN KKM 09
EDISi september 2018