Page 17 - E-BULETIN KKM
P. 17
LAWATAN KERJA yb timbalan menteri kesihatan
ada 13 September 2018, YB Dr. Lee
Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan
(YBTMK) telah mengadakan lawatan kerja
P ke Klinik Kesihatan Jementah, Segamat,
Johor. Turut hadir ialah Dr. Selahuddeen bin Abd
Aziz Pengarah Kesihatan Negeri Johor. Klinik
Kesihatan Jementah mula beroperasi pada tahun
1974. Akses perkhidmatan kesihatan diberikan
kepada sekitar penduduk mukim Jementah.
YBTMK telah diberi taklimat dan beliau turut
meninjau fasiliti-fasiliti klinik yang disediakan untuk
perkhidmatan kesihatan kepada penduduk serta
kuarters anggota kesihatan.
ada 14 September 2018, Timbalan Menteri
Kesihatan (YBTMK) telah mengadakan
lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Buluh
P Kasap dan Hospital Segamat, Johor.
Hospital Segamat yang mula beroperasi pada
27 Mac 1995 adalah merupakan sebuah hospital
berkonsepkan nukleus menggantikan hospital
lama di mana ia merupakan sebuah hospital
yang mempunyai perkhidmatan kepakaran
major dengan 18 kepakaran. Hospital Segamat
beroperasi dengan kapasiti 314 buah katil yang
mana perkhidmatannya adalah meliputi daerah
Segamat, Gemas dan sebahagian selatan negeri
Pahang.
E-BULETIN KKM 15
EDISi september 2018