Page 7 - Julai 2019
P. 7
Persidangan Kick Off Rancangan Malaysia
ke-12 (2021-2025), Putrajaya
Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua
Pengarah Kesihatan (KPK) telah berkongsi
pentas bersama Dr. Lo Ying-Ru, wakil WHO
Yke Malaysia, Brunei dan Singapura dalam
“Sesi 1.3: Kesatuan Sosial” pada Persidangan Kick Off
Rancangan Malaysia Ke-12 yang diadakan di Putrajaya
dari 1 hingga 4 Julai 2019. Persidangan tersebut
merupakan anjuran Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
Bank Dunia. YBhg. Datuk KPK telah membentangkan
gambaran mengenai “Akses ke Penjagaan Kesihatan
di Malaysia” merangkumi pengembangan liputan
perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Setiap
sektor kesihatan dengan melalui usaha kolektif
berupaya meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan
keseluruhan rakyat. Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-
2025) akan menggerakkan usaha ke arah mencapai
matlamat Inisiatif Kemakmuran Berkongsi yang baru-
baru ini diumumkan oleh Kerajaan.
E-BULETIN KKM EDISi JUlai 2019 04