Page 10 - Ogos 2019
P. 10
Karnival Kecergasan Kebangsaan
Kementerian Kesihatan Malaysia ke-30
Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min,
Ketua Setiausaha Kementerian
Kesihatan telah menyertai pelbagai
Yacara dalam Karnival Kecergasan
Kebangsaan Kementerian Kesihatan
Malaysia ke-30 anjuran Jabatan Kesihatan
Kedah dan Jabatan Kesihatan Perlis dengan
kerjasama Majlis Sukan dan Kebajikan KKM
dari 2 Ogos hingga 3 Ogos 2019 di Kedah
dan Perlis. YBhg. Dato’ Seri menyertai
perlawanan persahabatan dalam acara tenis
bersama warga kerja kesihatan. Selain itu,
YBhg. Dato’ Seri singgah ke beberapa lokasi
Pertandingan seperti pertandingan Golf,
Pertandingan Badminton dan Pertandingan
Bola Sepak untuk memberikan semangat
dalam Karnival Kecergasan Kebangsaan
Kementerian Kesihatan Malaysia di Perlis.
Beliau juga berharap agar program seperti
ini dapat mempertingkatkan semangat
kerjasama selari dengan usaha KKM
untuk memperjuangkan kesihatan dan
kesejahteraan secara menyeluruh melalui
gaya hidup sihat.
07 E-BULETIN KKM EDISi OGOS 2019