Page 22 - Ogos 2019
P. 22
Majlis Pembukaan
Kongres Pembedahan
Sedunia ke-48
Bhg. Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah,
Ketua Pengarah Kesihatan (KPK)
telah menghadiri Majlis pembukaan
YKongres Pembedahan Sedunia ke-
48 di Krakow, Poland dari 11-15 Ogos 2019.
YBhg. Datuk KPK telah dijemput menjadi
moderator ketika sesi “Global Scenario of
Education, Training & Ethics in Breast Surgery”
dalam Kongress tersebut. Selain itu, YBhg.
Datuk KPK juga telah memberikan ucaptama
yang bertajuk “Global Surgery Education and
Training” menggunakan konsep “Malaysian
Breast and Endocrine Surgical Training”
dan “Malaysian Standards for Postgraduate
Medical Specialist Training” sebagai contoh
khusus yang telah digunapakai di Malaysia.
Beliau juga berpeluang untuk mempromosikan
Kongres Pembedahan Sedunia Kali ke-49
pada tahun 2021 yang akan diadakan di Kuala
Lumpur dan dikurniakan anugerah Martin
Allgoewer Honorary Award oleh International
Society of Surgery (ISS) di atas kepakaran
beliau dalam bidang kedoktoran.
19 E-BULETIN KKM EDISi ogos 2019