Page 8 - Galeri Foto
P. 8
23 April 2019:
Pelan Strategik Jabatan Kesihatan Negeri Johor 2019-2021
YBhg Dato' Seri Dr Chen Chaw Min Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Pelan Strategik Jabatan Kesihatan Negeri Johor
2019-2021 di Auditorium Ixora, Hospital Permai.
Turut hadir ialah YBrs Dr. Selahuddeen Bin Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan YBrs Hjh Badiah binti Yahya, Pengarah Hospital Permai.
JKN Johor telah menggariskan 8 Tonggak dengan perincian strategi dan inisiatif untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Terdapat 23 strategi dan 82
inisiatif. Semua strategi dan inisiatif yang dirancang, telahpun dikupas dengan teliti oleh Jawatankuasa Pelan Strategik JKNJ.