Page 2 - Galeri Foto
P. 2

5 Mac 2019:



                           Program Derma Darah sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan




  YB Dr Lee Boon Chye Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah melancarkan Program Derma Darah sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan pada 5
  Mac 2019 di Putrajaya. Turut hadir ialah Dr Md Zaki bin Othman, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, Lembaga Pembantu Perubatan, KKM.

  Program Menderma Darah ini melibatkan Penolong Pegawai Perubatan di seluruh Malaysia secara serentak dengan sasaran sebanyak 1000 beg darah akan
  dapat dikumpulkan. Usaha ini menunjukkan profesyen ini mengambil berat dan peka dengan masalah kekurangan darah yang begitu kritikal yang dihadapi
  oleh Tabung Darah di seluruh Malaysia. Secara purata, 2000 beg darah diperlukan setiap hari untuk kegunaan 1000 orang pesakit di hospital-hospital seluruh
  negara. Ini menjadikan Penolong Pegawai Perubatan telah menjadi role model kepada profesion lain di KKM agar menjadikan pendermaan darah sebagai satu
  tanggungjawab sosial dan amalan yang berterusan.
   1   2   3   4   5   6   7