Page 22 - Galeri Foto
P. 22
10 Mac 2019:
Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kesihatan 3H anjuran Kelab Rotary Kuala Lumpur DiRaja
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kesihatan 3H anjuran Kelab
Rotary Kuala Lumpur DiRaja bertempat di Kompleks Perpustakaan Lembah Pantai Kuala Lumpur. Program ini amat digalakkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Aktiviti ini selaras dengan pendekatan di bawah Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (atau NSP-NCD) 2016-2025, iaitu
meningkatkan kerjasama di antara Kerajaan bersama dengan sektor swasta dan NGO untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia.