Page 50 - Galeri Foto
P. 50

23 Mac 2019:



                                                          "World Cancer Day Fun Run"



  YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan Malaysia dan YBhg Dato' Seri Dr Chen Chaw Min Ketua Setiausaha KKM telah menyertai larian "World
  Cancer Day Fun Run" pada 23 Mac 2019 (Sabtu) di Institut Kanser Negara. Acara larian dan berjalan sejauh 5 km untuk menyokong pejuang-pejuang kanser di
  Malaysia.

  Kanser kini merupakan penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat Malaysia. Beban penyakit kanser dijangka akan meningkat disebabkan oleh
  prevalen faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang tinggi dan populasi menua di Malaysia. Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (atau WHO),
  hampir 30 hingga 50% penyakit kanser boleh dicegah melalui amalan pemakanan sihat, melakukan aktiviti fizikal, tidak merokok serta mengelakkan
  pengambilan alkohol secara berlebihan.
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55