Page 8 - Petunjuk Kesihatan 2019
P. 8
PENDAHULUAN: PETUNJUK BAGI PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
STRATEGI HEALTH FOR ALL (HFA)
STRATEGI SEDUNIA
Edisi Petunjuk Bagi Pemantauan dan Penilaian Strategi Health For All ini merupakan edisi yang ke-35 sejak Rangka
Umum yang pertama bagi penilaian digunakan dalam tahun 1985. Sehingga kini, senarai petunjuk global tidak
berubah. Petunjuk ini adalah penting bagi negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menilai
strategi nasional masing-masing ke arah matlamat-matlamat HFA.
Berdasarkan kepada hasil dari pengawasan dan penilaian yang dijalankan secara bergilir-gilir oleh negara-
negara anggota dan enam pusat penyelarasan kawasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Lembaga Eksekutif
Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Persidangan Kesihatan Sedunia dapat menilai strategi HFA untuk seluruh dunia.
Dengan pengawasan dan penilaian secara global, petunjuk dapat diubahsuai bagi memastikan kesesuaiannya
untuk negara-negara anggota. Dalam usaha pengubahsuaian ini, senarai tersebut dapat ditambahkan dengan
petunjuk kecil dan petunjuk tambahan bagi memudahkan lagi kerja pengawasan dan penilaian.
PETUNJUK BAGI PENGAWASAN DAN PENILAIAN STRATEGI SEDUNIA
Pengawasan dengan menggunakan Rangka Umum Pengawasan (Common Framework for Monitoring, (CFM))
telah dijalankan dalam tahun 1982 diikuti dengan Rangka Umum Penilaian (Common Framework for Evaluation
(CFE)) dalam tahun 1985. Pengawasan kedua dijalankan pada tahun 1988, juga diikuti dengan penilaian dalam
tahun 1991. Pengawasan kali ketiga telah dijalankan pada tahun 1994 dan diikuti dengan penilaian dalam tahun
1997.
6 PETUNJUK KESIHATAN
HEALTH INDICATORS