Page 11 - Disember 2018
P. 11
Majlis Sambutan
Hari Inovasi KKM
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri
Kesihatan Malaysia (YBTMK) telah
menyempurnakan Majlis Sambutan
YHari Inovasi Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) bertempat di Dewan Serbaguna
KKM, Putrajaya pada 12 Disember 2018.
Kerajaan amat mengharapkan percambahan
idea baru yang berteraskan teknologi sebagai
salah satu kaedah dalam mengekalkan “cost
effective” dan “efficiency” demi menjamin
kesinambungan perkhidmatan agar kekal
relaven pada setiap masa. Ujar YBTMK, sebagai
perintis dalam bidang perubatan sudah pastinya
revolusi dan pemerkasaan dalam penemuan
sains mampu menghasilkan fleksibiliti dalam
bidang operasi dan pengurusan agar kejayaan
ini mampu dijadikan sebagai “value added”
yang lebih signifikan. Beliau juga mengucapkan
setinggi tahniah kepada warga KKM dalam usaha
berterusan dengan pelbagai agensi kerajaan
mahupun swasta dalam membangunkan initiatif
inovasi ini dengan memeterai Memorundum
Persefahaman (MoU) antara KKM dan SIRIM
Berhad sebagai kerjasama strategik demi
pengukuhan perkhidmatan ini.
E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018 08