Page 16 - Disember 2018
P. 16
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
World Health Organisation Framework Convention
On Tobacco Control
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri kesihatan Malaysia (YBMK) pada 18 Disember
2018 yang lalu telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu World
Health Organisation Framework Convention On Tobacco Control (WHO FCTC) di Ibu
YPejabat Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya. Mesyuarat tersebut juga
telah memperdengarkan pembentangan oleh wakil dari Australia tentang pengalaman mereka
dalam aktiviti penguatkuasaan Plain Packaging di negara tersebut. Dalam hal ini, Australia telah
membuktikan bahawa plain packaging adalah satu inisiatif yang baik dan berkesan dalam usaha
untuk mengurangkan amalan merokok dalam kalangan masyarakat di sana. Sesi pembentangan itu
turut dihadiri oleh Dr. Ying-Ru Jacqueline Lo, Ketua Misi dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
ke Malaysia, Brunei dan Singapura. Dalam perkembangan lainnya, Malaysia telah menandatangani
WHO FCTC pada tahun 2005 sebagai tanda komitmen negara ini dalam memerangi gejala merokok
dalam kalangan masyarakat.
13 E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018