Page 4 - Disember 2018
P. 4
The Malaysian AIDS Foundation
Tun Dr. Siti Hasmah Award Gala Dinner
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Menteri
Kesihatan Malaysia telah hadir dan
menyampaikan ucapan sempena “The
YMalaysian AIDS Foundation Tun Dr. Siti
Hasmah Award Gala Dinner” pada 16 Disember
2018 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Turut hadir
ialah YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri
Kesihatan Malaysia (YBTMK) dan YBhg. Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia (KPK). YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohd
Ali telah menyempurnakan acara penyampaian
anugerah kepada Matron Fadzilah Abdul Hamid
bekas jururawat yang bertugas selama 30 tahun
kerana mencurahkan jasa dan bakti dengan
membuka sebuah rumah perlindungan di atas tanah
sendiri yang diusahakan selama lebih dua dekad.
Ini membantu lebih daripada 400 orang wanita dan
kanak-kanak positif HIV ketika golongan ini sering
diabai serta disisihkan keluarga dan masyarakat.
Lebih 500 hadirin yang hadir adalah tokoh-tokoh
korporat, tokoh industri tempatan dan aktivis.
01 E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018