Page 5 - Disember 2018
P. 5
Majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia
Peringkat Kebangsaan 2018
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan
Malaysia (YBTMK) telah menyempurnakan Majlis
Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan
Y2018 bertempat di Warehouse@Kilang Bateri, Johor
Bahru pada 2 Disember 2018. Tema bagi sambutan Hari AIDS
Sedunia tahun ini ialah “Ketahui Status, Dapatkan Rawatan” dalam
usaha negara mencapai matlamat mengakhiri AIDS pada 2030.
Terdahulu, pada 8 Oktober 2018, Malaysia telah melakar sejarah sebagai negara pertama di
rantau Asia Pasifik Barat dan negara ke-12 di dunia yang telah berjaya memperolehi pensijilan
validasi eliminasi jangkitan HIV dan sifilis dari ibu-ke-anak. Pengiktirafan ini menandakan negara
telah mencapai satu tahap kesihatan yang amat membanggakan di mana jangkitan HIV dan
sifilis dari ibu-ke-anak tidak lagi menjadi ancaman kesihatan awam yang utama. Kementerian
Kesihatan (KKM) melalui kerjasama pintar dengan masyarakat sivil telah melaksanakan
pelbagai inisiatif dimana ujian saringan HIV boleh dilaksanakan di semua klinik kesihatan.
E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018 02