Page 20 - Januari 2019
P. 20
SKIM PERLINDUNGAN NASIONAL B40
kim Perlindungan Nasional B40
(mySalam), menawarkan perlindungan
insurans dan takaful kesihatan secara
Spercuma telah dilancarkan dan
disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 24 Januari
2019 di Kementerian Kewangan Malaysia,
Putrajaya yang turut disaksikan oleh YB Datuk
Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
Malaysia dan YB Lim Guan Eng, Menteri
Kewangan Malaysia. Skim yang menyediakan
perlindungan takaful kepada golongan B40
yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
itu dijangka memberi manfaat kepada 3.69
juta rakyat yang berumur 18 hingga 55 tahun.
Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) akan terus bekerjasama erat dengan
Kementerian Kewangan untuk menawarkan
perkhidmatan kesihatan berkualiti bertindak
sebagai jaringan keselamatan perkhidmatan
kesihatan untuk semua lapisan rakyat.
17 E-BULETIN KKM EDISi januari 2019