Page 16 - Januari 2019
P. 16
program mencapai harapan
membanteras kanser serviks
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia menyampaikan ucapan
sempena Program Mencapai Harapan Membanteras Kanser Serviks di Malaysia dan
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahamanan antara Universiti Malaya dan
YVictorian Cytology Service (VCS) Foundation, Australia pada 14 Januari 2019 di Majestic
Hotel, Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, beliau menyatakan, kajian mendapati kanser serviks
adalah kanser ke-2 yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berumur antara 15-44 tahun
di Malaysia. Kos rawatannya juga tinggi dan membebankan ekonomi keluarga. Sejajar dengan itu
ujar beliau, kerajaan akan berusaha untuk menyaring 70% wanita yang layak antara 35 hingga 45
tahun dengan ujian HPV dan menawarkan kaedah rawatan yang sesuai.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah melancarkan Pelan Tindakan Kanser Kebangsaan
2016-2020 yang menekankan komitmen kementerian terhadap pencegahan dan kawalan kanser
termasuk menjalankan lebih banyak kempen kesedaran, pencegahan, pengesanan awal, rawatan
segera, pemulihan dan penjagaan paliatif. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’
Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri YB Puan
Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Dalam ucapan
perasmian juga, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah juga turut mengucapkan sekalung tahniah kepada
Universiti Malaya dan Victoria Cytology Services Foundation, Australia serta semua pihak yang
terlibat atas kejayaan merintis projek ini.
13 E-BULETIN KKM EDISi januari 2019