Page 13 - Julai 2019
P. 13
Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan
Siburan, Kuching, Sarawak
ada 26 Julai 2019, YB Dr. Lee Boon
Chye, Timbalan Menteri Kesihatan telah
merasmikan Majlis Pecah Tanah Klinik
PKesihatan Siburan, Kuching, Sarawak.
Klinik Kesihatan Siburan Jenis 3 yang akan dibina
ini dijangka siap pada 12 Disember 2021 dengan
peruntukan RM28.6 juta. Klinik baharu ini mampu
menampung pesakit antara 300 hingga 500
sehari. Klinik ini akan menyediakan perkhidmatan
Jabatan Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak,
Perkhidmatan Kecemasan dan Pra-Hospital,
Perkhidmatan Farmasi dan Makmal Perubatan.
Klinik ini akan memudahkan penduduk setempat
mendapat perkhidmatan kesihatan kerana fasiliti
KKM terdekat ialah Hospital Serian, sejauh 26km.
Majlis perasmian itu turut dihadiri YB Micheal Teoh
You Keng, Ahli Parlimen Miri, YB Willie Mogin,
Ahli Parlimen Puncak Borneo dan Dr. Jamilah
Hashim, Pengarah JKN Sarawak.
E-BULETIN KKM EDISi JUlai 2019 10