Page 14 - Julai 2019
P. 14
Lawatan Kerja Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia Ke Klinik Desa
Tanjung Aru, Sabah
L awatan Kerja YBhg. Dato’ Seri Dr.
Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha
Kesihatan
Malaysia
Kementerian
diteruskan lagi pada 9 Julai 2019
dengan berkunjung ke Klinik Desa (KD)
Tanjung Aru yang terletak di Pulau Tanjung
Aru iaitu kira-kira 8 km daripada bandar
Sandakan. Kawasan operasi KD Tanjung
Aru ini meliputi Pulau Tanjung Aru sehingga
Kampung Sungai Madang serta 10 buah
pulau lain yang berdekatan. Jumlah penduduk
dianggarkan seramai 3,500 orang yang terdiri
daripada pelbagai bangsa termasuk bangsa
Brunei, Suluk dan pendatang asing daripada
Filipina. Kebanyakan penduduk bekerja
sebagai nelayan, buruh sama ada di sektor
kerajaan atau swasta, dan lain-lain. Pulau ini
dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan
elektrik daripada SESB, bekalan air bersih,
sekolah rendah, pra-sekolah dan tabika
KEMAS.
11 E-BULETIN KKM EDISi JUlai 2019