Page 12 - Mac 2019
P. 12
Program Kampungku Sihat
Peringkat Parlimen Kuala Selangor
ada 31 Mac 2019 yang lalu, YB Datuk Seri
Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
Malaysia (YBMK) telah menyempurnakan
PProgram Kampungku Sihat peringkat
Parlimen Kuala Selangor bertempat di Dewan
Orang Ramai Kampung Bukit Kuching Tengah,
Jeram. Program Kampungku Sihat merupakan
satu manifestasi terbaik Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dalam memerangi Penyakit Tidak
Berjangkit (NCD) selain ia menterjemahkan aspek-
aspek utama dalam bidang kesihatan iaitu aspek
proaktif, preventif, promotif dan prediktif. Melalui
program ini, saringan kesihatan dilakukan dalam
kalangan komuniti bagi mengesan tanda-tanda
awal penyakit tidak berjangkit. Seramai 550 pelatih
Institut Latihan KKM akan bergerak dari rumah ke
rumah untuk mengadakan saringan kesihatan asas
kepada penduduk. Hadir sama, Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Seri
Dr. Chen Chaw Min (KSU) dan Pengarah Kesihatan
Selangor, YBhg. Datuk Dr.Khalid Ibrahim.
Dalam aktiviti ini, YB Datuk Seri Dr. telah
mengucapkan tahniah dan syabas kepada
warga KKM, pelatih-pelatih ILKKM, Pusat
Khidmat Kuala Selangor serta semua yang
terlibat dalam usaha menyemaikan kesedaran
dengan menjalankan saringan kesihatan
bermula daripada diri kita sendiri, keluarga
dan masyarakat.
09 E-BULETIN KKM EDISi mac 2019