Page 8 - Mac 2019
P. 8
Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0
Peringkat Kebangsaan 2019
alam usaha meningkatkan kesedaran
awam terhadap bahaya penyakit denggi,
pada 9 Mac 2019 yang lalu, YB Datuk Seri
DDr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
Malaysia telah turun padang bersama-sama
komuniti PPR Seri Alam serta pasukan COMBI
Penduduk Seri Alam 2, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur melancarkan program “Gotong-Royong
Mega Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan
2019”. Program anjuran bersama Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dengan penglibatan
tujuh kementerian dan pelbagai agensi lain
melalui Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat
Kementerian bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai
murni masyarakat terhadap kebersihan persekitaran
menerusi penglibatan secara bersama dalam aktiviti
pemusnahan tempat pembiakan Aedes susulan
peningkatan kes denggi yang dicatatkan mutakhir ini.
Selaras dengan itu, program gotong-royong
peringkat negeri juga dilaksanakan secara serentak
di 12 negeri pada hari tersebut dan sebanyak
140 daerah akan melaksanakan gotong-royong
ini diperingkat daerah sepanjang bulan Mac ini.
05 E-BULETIN KKM EDISi mac 2019