Page 4 - E Buletin Nov 2019
P. 4

Perasmian Hospital Sultan Ismail Petra

        Kuala Krai, Kelantan





                  uli  Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V,
                  Sultan Kelantan telah mencemar duli dan
                  berkenan untuk berangkat bagi merasmikan
       DHospital  Sultan  Ismail  Petra  di  Kuala  Krai
        ,Kelantan pada 20 November 2019. Turut mencemar
        duli,  Yang  Teramat  Mulia  Tengku  Muhammad
        Faiz Petra,  Tengku Mahkota Kelantan, dan  Yang
        Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson dalam
        majlis tersebut. Hadir bersama dalam majlis ini  YB
        Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly Ahmad,  Menteri  Kesihatan
        Malaysia,  YBhg. Datuk Dr. Hj Rohaizat  bin Hj  Yon,
        Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan
        YBhg. Dato’ Ramlan Bin Harun, Setiausaha Bahagian
        Kanan (Pembangunan).  Berkonsepkan  ‘Hospital Di
        Dalam  Taman’,  Hospital  Sultan  Ismail  Petra  telah
        dibangunkan di atas tapak seluas 40 hektar yang
        terletak di Lot 7777, Mukim Kuala Pahi sejauh 5 km dari
        Hospital Kuala Krai lama. Manakala, kos pembinaan
        Hospital Sultan Ismail Petra ini dianggarkan sebanyak
        RM  286  juta di  bawah peruntukan Rancangan
        Malaysia Ke-10. Pembinaannya telah dimulakan pada
        Mei tahun 2014 dan telah siap sepenuhnya pada Mei
        2018. Hospital ini mula beroperasi sepenuhnya pada
        September 2018 dan merupakan hospital pakar yang
        kedua terbesar di Negeri Kelantan.





          01 E-BULETIN KKM EDISi November 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9