Page 8 - E Buletin Nov 2019
P. 8

Program Kampungku Sihat


        Peringkat Parlimen Stampin



































                  B  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad,
                  Menteri Kesihatan Malaysia telah
                  melancarkan  Program  Kampungku
        YSihat Peringkat Parlimen Stampin
        pada 30 November 2019 di Kuching, Sarawak.
        Antara pengisian Program Kampungku Sihat
        ini termasuklah lawatan dari  rumah ke rumah
        dan di beberapa lokasi statik oleh Pasukan
        Perubatan dan Kesihatan yang bertujuan
        untuk     menyampaikan        mesej      mengenai
        pentingnya melakukan ujian saringan kesihatan
        bagi mengesan faktor risiko penyakit tidak
        berjangkit. Dalam program ini juga sejumlah
        126  buah kampung  telah dilawati  sepanjang
        program tersebut dan kes-kes yang berisiko
        telah dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran
        untuk ujian pengesahan. Dalam program
        kali ini, Parlimen Stampin adalah merupakan
        destinasi ke-9 Program Kampungku  Sihat
        selepas dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri
        Malaysia  di  Parlimen  Langkawi  pada  bulan
        Februari lalu. Dalam ucapan  YAB Perdana
        Menteri yang terdahulu telah menyarankan
        agar Program Kampungku Sihat ini dapat
        dipertingkatkan      objektif     pelaksanaannya
        dengan mewujudkan pertandingan di peringkat
        nasional bagi menggerakkan pembudayaan
        amalan kesihatan yang baik kepada rakyat
        Malaysia di peringkat akar umbi yang bakal
        dilaksanakan pada tahun 2020 oleh KKM.



          05 E-BULETIN KKM EDISi November 2019
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13