Page 4 - E buletin Oktober 2019
P. 4

Program Santuni Rakyat: Kenali Ubat Anda







                 rogram Santuni Rakyat: “Kenali Ubat
                 Anda” telah diadakan di Dewan Datuk
                 Penggawa Permatang, Kuala Selangor
       Ppada 5  Oktober 2019  dan  telah  dihadiri
        oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri
        Kesihatan Malaysia pada majlis penutupan
        sesi petang. Penganjuran program ini adalah
        bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
        semua pengguna supaya lebih peka dan
        berhati-hati sebelum  membeli  sebarang  produk
        kesihatan.  Ini termasuklah jenis ubat-ubatan
        yang tidak berdaftar serta diniagakan secara
        penjualan terus atau atas talian  (online) turut
        menjadi fenomena yang membimbangkan. Dalam
        program berkenaan  YB Datuk Seri Dr. berkata,
        tindakan penguatkuasaan giat dilaksanakan oleh
        Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) pada
        tahun ini dan sehingga bulan September 2019,
        produk tidak berdaftar berjumlah RM31 juta serta
        mengandungi racun berjadual, produk-produk
        tradisional dan juga produk kosmetik telah berjaya
        dirampas. Ujar beliau lagi, bagi menangani
        masalah  tersebut  BPF,  KKM  telah  menubuhkan
        Seksyen Inteligens dan Forensik Siber untuk
        mengawal penjualan produk farmaseutikal dan
        kosmetik secara online termasuk memantau dan
        menyiasat aktiviti penjualan produk farmaseutikal
        di media sosial.








          01 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9