Page 5 - E buletin Oktober 2019
P. 5
Seminar Kesihatan Orang Asli
ada 1 Oktober 2019, YB Dr. Lee Boon
Chye, Timbalan Menteri Kesihatan
Malaysia telah merasmikan Seminar
PKesihatan Orang Asli yang bertemakan
“Terpencil Bukan Terpinggir” anjuran Jabatan
Kesihatan Negeri Pahang. Dalam perkembangan
terbaharu, Malaysia telah diiktiraf diperingkat global
sebagai salah sebuah negara yang mempunyai
perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik.
Faktor seperti sejarah, geografi tempat tinggal,
tahap pendidikan dan status ekonomi telah
menyebabkan mereka masih menjadi kelompok
yang paling tidak sihat di Malaysia. Kerajaan
tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli malah
pelbagai program pembangunan merangkumi
aspek ekonomi, pendidikan dan pembangunan
infrstruktur telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Program Community Feeding (PCF) telah
dilaksanakan di 41 pusat di seluruh negara yang
memberi makanan kepada hampir 1,200 orang
kanak-kanak Orang Asli.
E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019 02