Page 89 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 89
transmisi seksual telah menjadi faktor risiko bagi 94% kes baru HIV. Malaysia masih
jauh dalam mencapai sasaran ‘Ending AIDS’ pada tahun 2030 disebabkan liputan
rawatan masih lagi rendah, iaitu 55 peratus berbanding dengan sasaran 90 peratus.
Antara strategi inovatif bagi mengurangkan jangkitan HIV baru adalah:
1. Memperluaskan perkhidmatan saringan HIV (yang selama ini dijalankan di fasiliti
kesihatan statik) ke komuniti, contohnya saringan komuniti oleh sukarelawan
NGO, dan HIV self test kit (ujian sendiri).
2. Memulakan rawatan antiretroviral therapy (ART) secepat mungkin untuk semua
golongan “People Living With HIV/AIDS (PLHIV)”, kerana ART merupakan cara
pencegahan penularan HIV yang amat berkesan.
3. Membendung penularan HIV melalui transmisi seksual di populasi risiko tinggi,
melalui promosi penggunaan kondom secara konsisten serta mengurangkan
penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Rajah 4.2
Taburan Notifikasi Kes HIV Berdasarkan Faktor Risiko, Malaysia 2000 hingga 2019
Nota: PWID – People who inject drugs
Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit 2019, KKM
SEKTOR ZOONOSIS
LEPTOSPIROSIS
Pada tahun 2019, sebanyak 5,217 kes leptospirosis didaftarkan melalui sistem CDCIS
e-Notifikasi dengan 32 kematian (kadar kematian kes 0.6 peratus). Kadar insiden
leptospirosis adalah 15.61 per 100,000 penduduk (Rajah 4.3). Sebanyak 67 peratus
kes leptospirosis melibatkan lelaki dan 45 peratus daripada mereka adalah dalam
kumpulan umur 25 hingga 55 tahun. Terdapat 24 wabak leptospirosis dilaporkan
pada tahun 2019 dan 50 peratus daripadanya melibatkan rumah persendirian.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 79