Page 88 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 88
1,564 kes berbanding 1,385 kes (2018), peningkatan sebanyak 11.4 peratus. Pada
tahun 2019, terdapat peningkatan sebanyak 1.8 peratus kes keracunan iaitu 109 kes
keracunan yang dinotifikasi berbanding 107 (2018). Sejumlah 146 kes occupational
lung diseases telah dinotifikasi pada tahun 2019 berbanding 167 (2018). Manakala,
tahun 2019 merekodkan 117 kes occupational skin diseases dinotifikasi berbanding
107 kes (2018). Pada tahun 2019, sejumlah 24 kes Occupational Noise Induced Hearing
Loss (NIHL) dilaporkan berbanding 48 kes (2018).
Program KOSPEN Plus
Pada tahun 2019, terdapat sejumlah 223 agensi awam dan swasta yang telah mula
mengimplementasikan program KOSPEN Plus di seluruh negara. Pada tahun yang
sama, melalui KOSPEN Plus, sebanyak 10,773 (88.04 peratus) pekerja yang layak, telah
disaring untuk faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit. Pada tahun 2019 juga, KKM
telah menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) bersama Bintulu Port
Holding dan AIMST University. Inisiatif Kompleks E-Sihat Sejahtera telah dilancarkan
pada 19 April 2020 melibatkan empat kementerian iaitu KKM, Kementerian Pendidikan,
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional dan Kementerian Pembangunan
Usahawan. Initiatif Kompleks E-Sihat Sejahtera melibatkan dua pasukan bertindak
iaitu pasukan bertindak KOSPEN Plus dan pasukan bertindak Inisiatif Hijau.
PROGRAM KESIHATAN ALAM SEKITAR
Pemeriksaan Kesihatan Persekitaran Institusi dan Penilaian Risiko Kesihatan
Laporan EIA
Sebanyak 1,005 pemeriksaan kesihatan persekitaran institusi telah dilakukan pada
tahun 2019, merangkumi pelbagai setting seperti Depo Tahanan, Penjara, Kem
Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan pusat jagaan harian bagi warga emas,
anak yatim, OKU, dan pusat rehabilitasi. Sebanyak 78 laporan Penilaian Kesan kepada
Alam Sekeliling (EIA) telah disemak pada tahun 2019.
Bencana: Jerebu, Gelombang Haba dan Banjir
Unit ini juga memantau trend penyakit berkaitan alam sekitar akibat bencana alam,
pencemaran udara dan gelombang panas. Sebanyak 34 penyakit yang berkaitan
dengan cuaca panas dilaporkan pada tahun 2019. Terdapat dua (2) episod banjir yang
berlaku dengan bilangan mangsa 37,678 orang dan satu (1) kematian. Pemantauan
kumulatif kes penyakit berkaitan jerebu iaitu penyakit Asthma, Conjunctivitis, dan
URTI yang dipantau dari Minggu Epid 27 hingga 39 tahun 2019 di 33 klinik sentinel
terjejas jerebu adalah 16,148, 3745 dan 106,189 kes masing-masing.
SEKTOR HUMAN IMMUNODEFICIENCY VIRUS (HIV)/SEXUAL
TRANSMITTED INFECTION (STI)/HEPATITIS C
Pada peringkat awal wabak HIV, faktor risiko utama jangkitan adalah melalui
perkongsian jarum suntikan dalam kalangan pengguna dadah suntikan. Walau
bagaimanapun, terdapat perubahan taburan faktor risiko antara tahun 2000 dan
2019, di mana nisbah penggunaan dadah suntikan/transmisi seksual telah menurun
dari 4.00 ke 0.05. Penurunan tersebut adalah hasil daripada program pengurangan
kemudaratan yang berjaya dilaksanakan oleh KKM semenjak tahun 2006. Kini,
LAPORAN TAHUNAN
78 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019