Page 14 - Petunjuk Kesihatan 2019
P. 14
NOTA KETERANGAN
1. Penggunaan data penduduk untuk pengiraan kadar
Pengiraan indikator nisbah/kadar/peratus dalam laporan ini yang akan membabitkan jumlah penduduk
merujuk kepada Anggaran Penduduk Semasa (data anggaran)
2. Indikator Demografi
2.1 Kadar mortaliti perinatal
Merujuk kepada kelahiran mati dan kematian bayi yang berumur kurang daripada 1 minggu kepada
setiap 1,000 jumlah kelahiran
2.2 Kadar kelahiran mati
Merujuk kepada kelahiran selepas kehamilan 28 minggu atau lebih yang tiada tanda nyawa semasa
kelahiran kepada setiap 1,000 jumlah kelahiran
2.3 Kadar mortaliti neonatal
Merujuk kepada kematian bayi yang berumur kurang daripada 28 hari kepada setiap 1,000 kelahiran
hidup
2.4 Kadar mortaliti bayi
Merujuk kepada kematian bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun kepada setiap 1,000 kelahiran
hidup
2.5 Kadar mortaliti kanak-kanak
Merujuk kepada kematian kanak-kanak yang berumur 1 - 4 tahun kepada setiap 1,000 jumlah
penduduk berumur 1- 4 tahun
12 PETUNJUK KESIHATAN
HEALTH INDICATORS