Page 15 - Petunjuk Kesihatan 2019
P. 15
2.6 Kadar mortaliti kurang daripada 5 tahun
Merujuk kepada kematian bayi dan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun kepada
setiap 1,000 kelahiran hidup
2.7 Nisbah mortaliti ibu bersalin
Merujuk kepada kematian yang disebabkan oleh kesulitan semasa hamil atau semasa melahirkan
anak atau kematian dalam tempoh 42 hari selepas bersalin kepada setiap 1,000 kelahiran hidup
2.8 Jumlah nisbah tanggungan
Merujuk kepada nisbah bilangan penduduk yang berumur bawah 15 tahun dan yang berumur 65
tahun dan ke atas kepada bilangan penduduk yang berumur 15 - 64 tahun.
2.9 Nisbah jantina
Merujuk kepada bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan.
2.10 Jangkaan hayat ketika lahir
Merujuk kepada jangkaan purata bilangan tahun seseorang bayi yang baru lahir akan hidup dengan
mengandaikan corak kadar kematian umur tertentu yang tetap
3. Institusi Perubatan Khas
Merujuk kepada Pusat Kawalan Kusta Negara (1), Institut Perubatan Respiratori (1), Hospital Rehabilitasi (1),
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (1), Institut Kanser Negara (1) dan Institut Psikiatri (4)
4. Liputan Imunisasi
Pengiraan liputan bagi beberapa imunisasi yang terdapat dalam laporan ini menggunakan dua denominator
yang berlainan:
i. Kelahiran hidup yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM);
ii. Kelahiran hidup yang dikumpul berpandukan kepada Manual Sistem Maklumat Tibi Kebangsaan (Edisi
2004), TBIS.
PETUNJUK KESIHATAN
HEALTH INDICATORS 13