Page 139 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 139

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                       PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
 2021 - 2025                                                                               2021 - 2025

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

                         juga beberapa program dan aktiviti yang memerlukan input dan penglibatan dari
                         semua bahagian, institusi, jabatan dan fasiliti di Kementerian.


                  9.2.2  Pelaksanaan Secara Outsource dan In-house

                         Strategi  pelaksanaan  secara  outsource  dan in-house  dikenal pasti dengan mengambil
                         kira beberapa faktor seperti keupayaan dan kesediaan sumber manusia sedia ada,
                         sumber peruntukan yang mencukupi serta kepentingan yang tinggi bagi bisnes teras
                         KKM. Pendekatan pelaksanaan secara  outsource  atau co-sourcing  digunakan untuk
                         aktiviti yang akan dilaksanakan menggunakan khidmat luaran seperti syarikat swasta
                         manakala pendekatan pelaksanaan secara in-house pula digunakan untuk aktiviti yang
                         akan dilaksanakan dengan menggunakan sumber sedia ada (sumber dalaman).

                         Ringkasan bilangan program mengikut kaedah pelaksanaan iaitu secara outsource dan
                         in-house adalah seperti di Rajah 9-2.


                                                   JUMLAH KESELURUHAN





                                             Outsource             In-house
                                                47                    51





                           Rajah 9-2: Ringkasan Bilangan Program Mengikut Kaedah Pelaksanaan Secara Outsource dan
                                                          In-House

                         Secara keseluruhan, sebanyak 47 program dan aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan
                         secara outsource/ co-sourcing manakala 51 program dan aktiviti akan dilaksanakan secara
                         in-house. Pelaksanaan secara in-house ini merangkumi penggunaan sumber dalaman di
                         KKM dan melalui kerjasama antara pihak MAMPU.


                  9.3  PELAN PELAKSANAAN DAN ANGGARAN KOS


                         Pelan tindakan dan anggaran kos bagi setiap program ICT yang dirancang telah
                         dikompilasikan  menjadi  satu  jadual  Pelan  Pelaksanaan.  Pelan  pelaksanaan ini
                         memudahkan pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian dan pemilik program
                         memantau program dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun berkaitan.

                  9.3.1  Jadual Pelaksanaan Mengikut Teras


                         Berpandukan empat teras strategik ICT sebanyak 13 strategi dan 30  program  telah
                         dikenal pasti selari dengan perancangan pelaksanaan pendigitalan Kementerian
                         Kesihatan Malaysia bagi tempoh lima tahun dari 2021 sehingga 2025. Pelan pelaksanaan
                         bagi setiap teras strategik ICT adalah ditunjukkan dalam Jadual 9-2.













                                                                                                             117
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144