Page 144 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 144
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Anggaran kos pelaksanaan projek adalah berdasarkan tahap kesukaran pelaksanaan,
tempoh masa projek, kos perkhidmatan, kos perkakasan dan perisian. Asas pertimbangan
untuk anggaran kos adalah seperti berikut:
i. Perisian: Mengambil kira pilihan penggunaan perisian seperti menggunakan
perisian sumber terbuka (open source) atau yang berlesen;
ii. Perkakasan: Mengambil kira pilihan perkakasan yang memenuhi spesifikasi yang
diperlukan dan teknologi hijau (Green Technology);
iii. Pengubahsuaian: Kos yang terlibat untuk mengubah suai sistem aplikasi/
infrastruktur mengikut keperluan;
iv. Integrasi: Kos yang terlibat dalam kerja pengintegrasian dan jumlahnya
bergantung pada tahap integrasi yang diperlukan;
v. Kos Penyelenggaraan: Anggaran kos penyelenggaraan dikira 15% sehingga 20%
daripada jumlah kos pembangunan.
vi. Pengurusan Projek dan Perunding: Kos yang diperlukan untuk mengurus
pelaksanaan sesuatu projek dan kos perundingan yang diperlukan untuk bayaran
perkhidmatan pakar runding; dan
vii. Latihan: Kos yang diperlukan untuk latihan termasuklah pensijilan yang terlibat.
9.3.2 Anggaran Kos Program
Anggaran kos pelaksanaan ditentukan bagi program dan aktiviti yang dirangka.
Komponen kos melibatkan kos one-off dan kos berulang. Sebanyak RM1.3 bilion
diperlukan bagi tujuan melaksanakan program dan aktiviti KKM bagi tempoh 2021-
2025. Keseluruhan anggaran kos yang terlibat iaitu bagi Kos One-Off/ Pembangunan
dan Kos Berulang/ Penyenggaraan adalah seperti dalam Jadual 9-3.
Jadual 9-3: Ringkasan Anggaran Kos One-Off dan Berulang
Kos
Kos One-Off Kos Berulang
Teras (RM) (RM) Keseluruhan
(RM)
Teras 1 -
Pemerkasaan
Perkhidmatan
Kesihatan Digital 967,902,948.46 100,328,430.00 1,068,231,378.84
Bersepadu dan
Inklusif
Teras 2 -
Kesinambungan
Perkhidmatan 222,915,981.40 21,070,040.00 243,986,021.40
Digital Yang
Mampan Dan
Selamat
Teras 3 - Tadbir
Urus Digital
Dinamik dan 4,649,500.00 200,000.00 4,849,500.00
Tangkas
Teras 4 -
Pemerkasaan,
Peluasan dan 4,171,000.00 6,646,000.00 10,817,000.00
Pembudayaan
Pendigitalan
JUMLAH 1,199,639,429.86 128,244,470.00 1,327,883,899.86
122