Page 59 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 59

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                       PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
 2021 - 2025                                                                               2021 - 2025

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


                  4.2  STRATEGI 1 : PENGUKUHAN PERKHIDMATAN
                         DIGITAL KESIHATAN MENYELURUH DAN BERSEPADU
                         PENGUKUHAN PERKHIDMATAN  DIGITAL KESIHATAN
                         MENYELURUH DAN BERSEPADU


                         Pengukuhan Perkhidmatan Digital Kesihatan Menyeluruh dan Bersepadu adalah
                         merupakan strategi pertama bagi Teras Strategik 1. Terdapat dua program di bawah
                         strategi ini iaitu:



                                         1                                    2








                                Pembangunan Sistem                     Peningkatan dan
                                 Maklumat Kesihatan                    Peluasan Aplikasi
                                     Bersepadu                          Sedia Ada Serta
                                                                     Pembangunan Aplikasi
                                                                            Baharu









                  4.2.1   Program 1: Pembangunan Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu


                         Program ini dirancang selaras dengan inisiatif  Electronic Medical Record (EMR) bagi
                         memacu sistem maklumat kesihatan bersepadu ke arah Lifetime Health Record (LHR)
                         demi mencapai kesejahteraan rakyat. Terdapat dua fasa bagi pelaksanaan program ini
                         iaitu:

                         i.   Projek Pelaksanaan  Electronic Medical Record (EMR) di Hospital dan Klinik
                             Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Di Negeri Sembilan; dan
                         ii.  Fasa Peluasan Electronic Medical Record (EMR) Kebangsaan;

                  4.2.1.1   Projek Pelaksanaan Electronic Medical Record (EMR) di Hospital dan Klinik Kementerian
                         Kesihatan Malaysia di Negeri Sembilan.
                         Skop  projek  ini  merangkumi  pembangunan,  peningkatan dan peluasan  sistem,
                         perolehan perkakasan, perisian, rangkaian dan perkhidmatan seperti perincian berikut:

                         i.   Peluasan sistem EMR secara cloud deployment ke semua fasiliti kesihatan KKM di
                             Negeri Sembilan meliputi skop berikut:
                             •   Peluasan Sistem HIS@KKM ke tujuh buah hospital;
                             •   Peluasan Sistem TPC-OHCIS ke 42 buah klinik kesihatan dan 11 buah klinik
                                 pergigian (termasuk integrasi dengan 37 klinik TPC-OHCIS sedia ada); dan
                             •   Peningkatan fungsi sistem HIS@KKM dan sistem TPC-OHCIS bagi memenuhi
                                 ketersediaan capaian perkongsian maklumat kesihatan secara bersepadu.
                         ii.  Pembangunan  platfom  perkongsian  maklumat  kesihatan bersepadu  (Health
                             Information Exchange) dan peluasan integrasi ke semua fasiliti KKM di Negeri
                             Sembilan;


                                                                                                             37
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64