Tajuk | Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Jun 2011 |
---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN JUN, 2011. ________________________________________________________
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam untuk kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan Jun, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.
1). Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,010 kompaun yang bernilai RM 438,600.00 telah dikeluarkan dengan purata RM434.25 tiap kompaun. Sejumlah 137 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah, dan dalam masa yang sama 40 kes telah diselesaikan oleh mahkamah dimana sejumlah RM15,820.00 denda dikenakan, iaitu purata dengan RM395.50 tiap denda. Manakala bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun 2011 keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sejumlah 7554 yang bernilai RM3,254,330.00. Sejumlah 893 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 545 kes telah diselesaikan oleh mahkamah di mana sejumlah RM115,980.00 denda telah dikenakan.
2). Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004) daripada 5,729 lawatan pemeriksaan, sejumlah 1,175 kompaun bernilai RM 245,180.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM208.66 tiap kompaun. Manakala bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun 2011, daripada 36,143 lawatan pemeriksaan, sejumlah 6,736 kompaun telah dikeluarkan bernilai RM1,474,405.00.
Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 28 Julai 2011 |
Ditambah pada | 28-07-2011 04:00:00 |