Pembangunan Kerjaya Pegawai Farmasi
Pegawai Farmasi merupakan salah satu tugas terpenting dalam perkhidmatan kesihatan di negara ini. Pegawai Farmasi berperanan dalam merancang, melaksanakan dan menguruskan segala aktiviti pengurusan, praktis klinikal, penguatkuasaan undang-undang, penentuan kualiti, kajian dan analisis berkenaan dengan perubatan. Peranan Pegawai Farmasi semakin penting dalam era pembangunan negara dan dunia hari ini, dengan itu Kementerian memerlukan lebih ramai Pegawai Farmasi yang cekap, dinamik, sanggup menerima cabaran dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara dan masyarakat tanpa mengira masa dan tempat. |
|
|