MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencegahan Penyakit Kardiovaskular Di Kalangan Wanita Dan Kanak-Kanak
Penerangan
JATA.gif

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel : 603-8883 2545
Faks : 603-8889 5542

 

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

?PENCEGAHAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR DI KALANGAN
WANITA DAN KANAK-KANAK”
HARI JANTUNG SEDUNIA
29 SEPTEMBER 2012

 

Penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok) sering kali dikaitkan dengan kaum lelaki, warga emas dan golongan berpendapatan tinggi. Namun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa penyakit kardiovaskular merupakan penyebab kematian nombor satu di hospital-hospital kerajaan. Ia menyumbang kepada 25.6% dari jumlah kematian bagi tahun 2011, dan turut menyebabkan satu dalam empat kematian wanita di Malaysia.

 

Faktor risiko penyumbang utama kepada penyakit jantung adalah diabetes dan hipertensi. Data dari Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 menunjukkan bahawa prevalen wanita yang menghidap diabetes, hipertensi, hiperkolesterolaemia dan obes adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, kaum wanita kurang dikaitkan dengan penyakit jantung dan isu ini sering diabaikan.

 

Penyakit jantung dianggap sinonim dengan kaum lelaki kerana kebiasaannya mereka menghidapi penyakit ini sepuluh tahun lebih awal berbanding kaum wanita. Wanita mempunyai faktor pelindung daripada penyakit jantung iaitu hormon estrogen. Namun begitu, risiko penyakit ini dalam kalangan wanita akan meningkat apabila hormon estrogen berkurangan menjelang putus haid (menopaus) dan sekaligus meningkatkan kadar LDL atau “lemak jahat” di dalam badan. Oleh yang demikian, risiko wanita mendapat penyakit kardiovaskular meningkat berbanding lelaki selepas menopaus.


Hari Jantung Sedunia tahun ini masih mengekalkan tema di peringkat global iaitu “One World, One Home, One Heart”. Tema tahun ini memberi fokus kepada “Pencegahan penyakit Kardiovaskular di Kalangan Wanita dan Kanak-kanak”. Ini bermakna, kesihatan jantung harus bermula dari rumah. Ia bermula dari seorang wanita yang berperanan sebagai ibu bagi melindungi keluarga dan anak-anak agar faktor risiko penyakit kardiovaskular dapat dicegah serta dikurangkan melalui budaya hidup sihat.  

 

Pencegahan penyakit kardiovaskular dalam kalangan kanak-kanak perlu bermula dari awal iaitu dengan mengaktifkan diri setiap hari dan mengamalkan pemakanan sihat. Makanan segera, kekerapan makan di luar rumah dan tempoh masa yang lama dihabiskan di hadapan televisyen dan gajet-gajet IT dan komunikasi telah dikenalpasti sebagai faktor risiko kepada masalah obesiti, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Peranan ibu bapa amat penting dalam memupuk budaya hidup sihat kerana ibu bapalah yang mencorakkan tingkah laku anak dalam aspek kesihatan. Terapkan amalan pemakanan yang sihat di mana jua berada baik ketika di rumah atau di luar rumah. Galakkan dan sertailah aktiviti fizikal bersama anak-anak.

 

Sempena Hari Jantung Sedunia tahun ini, saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia, terutamanya kaum wanita yang menjadi tunggak keluarga, agar membudayakan tujuh (7) langkah berikut yang berupaya mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular:

 

  1. Kekal aktif setiap hari. Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu dengan intensiti sederhana;
     
  2. Kekalkan BMI unggul sebanyak 18.0 hingga 22.9 kg/m2, dan ketahuilah bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% setiap minggu mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes;
     
  3. Kurangkan garam kepada kurang dari 5 gram sehari (bersamaan dengan 1 sudu teh), gula dan lemak dalam diet harian anda dan lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pinggan hidangan anda. Makanlah mengikut keperluan kalori harian anda kerana keseimbangan keperluan kalori dan tahap aktiviti fizikal harian anda adalah penting dalam mengekalkan bentuk tubuh yang anggun dan kesihatan jantung anda;
     
  4. Ketahui status kesihatan anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tekanan darah, paras gula dan tahap kolesterol dalam darah anda sebagai langkah pencegahan penyakit kardiovaskular;
     
  5. Ketahui sejarah kesihatan keluarga anda. Jika mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, hipertensi dan sakit jantung pra-matang (berumur kurang dari 55 tahun bagi lelaki dan kurang dari 65 tahun bagi wanita) berwaspadalah kerana anda berisiko tinggi! Jalani pemeriksaan kesihatan lebih kerap dan berikan keutamaan lebih kepada tahap kesihatan.
     
  6. Berhentilah merokok. Merokok merosakkan salur darah. Ia bukan sahaja berbahaya kepada perokok malah perokok pasif disekelilingnya.
     
  7. Tangani stres dengan berkesan. Belajarlah kaedah untuk mengurangkan stres.  Stres adalah penyumbang kepada amalan tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan dan makan secara berlebihan.
     

 

Jadi, saya ingin menyarankan agar kaum wanita terutama yang berusia 30 tahun dan ke atas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan anda. Jauhkan anak-anak anda dari menjadi “couch potato” dan pastikan mereka aktif dan makan secara sihat. Ibubapalah penentu tahap kesihatan anak-anak. Sesungguhnya anak-anak yang sihat dan cergas bakal menghasilkan generasi yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Masa hadapan mereka bermula di rumah.

 

 

DATO’ SRI DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

29 September 2012

Ditambah pada 19-09-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran