Tajuk | Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan November 2012 |
---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN NOVEMBER 2012 ________________________________________________________
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan November 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 1271 kompaun bernilai RM 596,750.00 telah dikeluarkan dengan purata RM 469.51 tiap kompaun. Sejumlah 115 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 83 kes telah disabitkan kesalahan dengan sejumlah RM 37,480.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 451.57 tiap denda. Manakala bagi tempoh Januari sehingga November tahun ini, jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak 16,786 dengan nilai RM 7,674,165.00. Sejumlah 1651 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 769 kes telah disabitkan kesalahan di mana sejumlah RM 279,920.00 denda telah dikenakan.
2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, daripada 5,600 lawatan pemeriksaan sejumlah 2,165 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1126 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 269,230.00 dengan nilai purata RM 239.10 tiap kompaun. Bagi tempoh Januari sehingga November tahun ini, sejumlah 28,062 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 15,020 kesalahan telah dikompaun dengan nilai RM 3,384,293.
Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
Sekian dan terima kasih.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 26 Disember 2012 |
Ditambah pada | 26-12-2012 04:00:00 |