MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Saranan Amalan Gaya Hidup Yang Sihat Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak Ogos 2011,Tahun Hijrah 1432
Penerangan

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

SARANAN AMALAN GAYA HIDUP YANG SIHAT SEMPENA KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK, OGOS 2011, TAHUN HIJRAH 1432

 

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat rakyat Malaysia. Di samping kita melakukan ibadah untuk meningkatkan pahala, marilah kita semua mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk meningkatkan amalan gaya hidup yang lebih sihat. Bagi mengelakkan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, strok dan kanser, kita semua perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, aktif secara fizikal dan tidak merokok.

 

Lazimnya bulan Ramadhan dikaitkan dengan pesta makanan dengan wujudkan Bazaar Ramadhan, buffet Ramadhan di hotel dan pelbagai tawaran pakej hidangan yang menarik di restoren. Agama Islam menggalakkan umatnya untuk bersederhana dalam semua aspek kehidupan. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa tips mudah yang boleh diamalkan untuk semua rakyat Malaysia dalam amalan pemakanan yang lebih sihat, iaitu:

 

  1. Tujuh amalan pemakanan yang lebih sihat semasa Ramadhan (Lampiran I);
  2. Tujuh amalan yang lebih sihat semasa membeli juadah di Bazaar Ramadhan (Lampiran II)

 

Selain daripada itu, marilah kita juga bersama-sama menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai titik permulaan untuk berhenti merokok di bawah program “Nafas Baru Bermula Ramadhan”.

 

Bagi individu yang aktif dan kerap bersukan, saya ingin sarankan mereka untuk kekal aktif dan menukarkan waktu bersenam atau bersukan mereka hampir kepada waktu berbuka atau pada sebelah malam. Amalan solat sunat Tarawih juga mampu meningkatkan tahap aktiviti fizikal seseorang individu.

 

Manfaatkan Ramadhan anda sebagai permulaan amalan gaya hidup yang sihat, demi mencegah penyakit NCD, bagi diri anda sendiri dan juga keluarga. Sekian dan terima kasih.

 

 

 

DATO’ DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

3 Ogos 2011


LAMPIRAN I

 

Tujuh Amalan Pemakanan yang Lebih Sihat semasa Ramadhan

 

  1. Ketahui keperluan kalori anda dalam sehari, iaitu 2,000 kalori bagi lelaki dan 1,800 kalori bagi wanita. Anda boleh agihkan pengambilan makanan kepada 300 kalori bagi juadah berbuka puasa, 700 kalori bagi hidangan utama, 300 kalori bagi moreh dan 500 bagi bersahur;

  2. Berbuka puasa dengan 3 biji kurma, 2 jenis kuih dan segelas air manis atau jus buah-buahan (tanpa gula tambahan) adalah memadai sebagai pengalas perut. Hidangan ini membekalkan 300 kalori. Jika anda memilih kuih-muih yang bergoreng atau bersantan, hadkan pengambilan kepada selang sehari;

  3. Tunaikan solat Magrib terlebih dahulu sebelum hidangan utama. Dari aspek kesihatan, ini akan memudahkan penghadaman semasa hidangan utama;

  4. Sasarkan pengambilan 700 kalori bagi hidangan utama. Contoh hidangan yang lebih sihat seperti berikut:

     
  5. I. Nasi putih 4 senduk  300 kalori
    II. Lauk ikan  1 ekor sederhana / 1 keping  120 kalori
    III. Tempe   1 keping sederhana   40 kalori
    IV. Sayur berdaun         1 cawan  40 kalori
    V. Buah-buahan 1 potong betik + 1 biji pisang          120 kalori
    VI. Air manis  1 gelas   100 kalori


  6. Hadkan meminum air buah-buahan, kordial berperisa yang manis dan minuman panas 3 dalam 1 kepada satu gelas/cawan sahaja semasa hidangan utama. Utamakan air kosong;

  7. Bagi hidangan moreh, hadkan kepada 300 kalori, contoh hidangan adalah bubur kacang: 200 kalori, sepotong tembikai 60 kalori dan teh O kurang manis (1 sudu teh gula) 20 kalori;

  8. Sasarkan 500 kalori bagi hidangan bersahur. Contoh hidangan yang lebih sihat adalah 1 mangkuk sederhana oat, susu dan buah-buahan kering 400 kalori dan 1 cawan air panas 100 kalori

Untuk maklumat lanjut berkaitan kandungan kalori pelbagai jenis makanan, sila layari laman sesawang http://www.nutriweb.org.my

 


 

LAMPIRAN II

 

Tujuh amalan yang lebih sihat semasa membeli juadah di Bazaar Ramadhan

 

  1. Jika boleh, sediakan senarai juadah yang hendak dibeli sebelum ke Bazaar Ramadhan dengan mengambil kira keperluan kalori harian. Seboleh-bolehnya beli makanan seperti yang disenaraikan sahaja. Ini juga boleh mengelakkan pembelian tidak terancang (impulse buying);

  2. Beli sekurang-kurangnya dua jenis buah-buahan segar untuk berbuka setiap hari. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan membekalkan serat yang penting untuk mengelak kejadian sembelit di bulan puasa;

  3. Minta kurangkan sos cili, sos tomato dan mayonis yang ditambah pada burger, hotdog, roti john atau kebab yang dipesan;

  4. Minta kurangkan air gula yang ditambah ke dalam minuman jus buah-buahan atau kordial berperisa yang dibeli;

  5. Hadkan pembelian kuih muih kepada dua jenis sahaja setiap hari. Jika pilihan anda adalah kuih yang bergoreng atau bersantan, hadkan pembelian kepada selang sehari;

  6. Pastikan juadah utama anda mempunyai sayur-sayuran segar dan beli sekurang-kurangnya dua lauk sayur setiap hari

  7. Jadikan ikan sebagai pilihan utama lauk anda, berbanding ayam atau daging sebagai sumber protein. Pilih lauk pauk yang masak dengan cara yang lebih sihat seperti panggang, rebus atau kukus.
Ditambah pada 02-08-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran