Tajuk | Laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia Dakwaan Insiden Tembakan Gas Pemedih Mata & Semburan Air Di Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur – Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 (9 Julai 2011) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penerangan |
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
LAPORAN JAWATANKUASA SIASATAN DALAMAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAKWAAN INSIDEN TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA &SEMBURAN AIR DI HOSPITAL TUNG SHIN, PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0 (9 Julai 2011)
YB Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah mengumumkan mengenai penubuhan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi KKM, pada 14 Julai 2011. Ekoran daripada itu, maka pada 15 Julai 2011, jawatankuasa ini telah ditubuhkan di peringkat Kementerian.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya dianggotai oleh seramai enam (6) orang pegawai pengurusan peringkat tertinggi dan pegawai kanan Kementerian, seperti berikut;
Matlamat utama penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk menyiasat secara teliti dan mendalam mengenai dakwaan terhadap wujudnya semburan air (water-cannon) dan tembakan gas pemedih mata (tear gas), ke arah Hospital Tung Shin (HTS) semasa berlakunya insiden perhimpunan haram oleh kumpulan BERSIH 2.0, pada tarikh 9 Julai 2011 (Sabtu) lalu dan juga kesannya jikalau benar dakwaan tersebut.
Kaedah siasatan yang telah dijalankan oleh jawatankuasa ini adalah melalui pengumpulan maklumat/input secara primer (primary input), input sekunder (secondary input), sesi perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi HTS sesi lawatan ke lapangan (site-visit) dan sesi inkuiri yang dijalankan terhadap tujuh (7) orang (enam orang kakitangan dan seorang doktor perubatan yang bertugas di HTS sebagai saksi (eye-witness), terhadap dakwaan insiden berkenaan.
Selain daripada itu, jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali, bagi tujuan penyediaan “Laporan Interim” dan seterusnya “Laporan Akhir”, mengenainya. Terma rujukan (TOR) jawatankuasa yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
Berikut adalah penemuan (findings) hasil siasatan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi KKM;
Secara amnya, telah berlaku semburan air (water-cannon) oleh anggota PDRM ke arah kawasan hospital di mana penunjuk perasaan (demonstrators) sedang berkumpul. Sungguhpun demikian, tindakan oleh anggota PDRM tersebut adalah semata-mata untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di dalam kawasan HTS.
Dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata kedalam kawasan HTS adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan.
Berhubung dengan insiden lontaran bom asap, siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan HTS tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada HTS. Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasinya (cease hospital operation) semenjak bulan September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovation) terhadap keseluruhan premisnya, yang akan bermula pada bulan Disember 2011.
Sungguhpun demikian, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kejadian ini dan telah membawa perkara ini ke perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN), untuk diambil tindakan yang sewajarnya terhadap anggota PDRM yang terlibat (melakukan lontaran bom asap), bagi tujuan memastikan perkara yang sama tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang.
Berikut adalah penemuan (findings) berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh jawatankuasa ini dari aspek ‘impak’ mengenai dakwaan insiden tersebut, iaitu:
DATUK KAMARUL ZAMAN BIN MD ISA Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh: Oktober 2011. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ditambah pada | 04-10-2011 04:00:00 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||