Tajuk | Penguatkuasaan Larangan Penjualan Rokok Dalam Paket Kurang Daripada 20 Batang Bermula 2 Jun 2010 | |||
---|---|---|---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PENGUATKUASAAN LARANGAN PENJUALAN ROKOK DALAM PAKET KURANG DARIPADA 20 BATANG BERMULA 2 JUN 2010
Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jun 2010 telah membuat keputusan menarik balik pelanjutan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang daripada 31 Disember 2010 kepada 1 Jun 2010.
Selaras dengan keputusan ini, kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan bertarikh 29 Mei 2010 adalah dibatalkan. Seperti yang tuan-puan sedia maklum, larangan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang melalui perlaksanaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang telah diwartakan pada 23 Septembar 2004.
Syarikat rokok, penjual rokok serta para pembeli rokok adalah diminta mengambil maklum larangan jualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang yang berkuatkuasa mulai 2 Jun 2010. Seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, langkah ini bertujuan membendung kemudahcapaian rokok oleh golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah. Tabiat merokok adalah amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan serta boleh menjejaskan tahap ekonomi perokok.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
12 Jun 2010. |
|||
Ditambah pada | 17-06-2010 04:00:00 | |||