Tajuk | Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan April 2012 |
---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN APRIL 2012 ________________________________________________________
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan April 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 2,053 kompaun bernilai RM 970,650.00 telah dikeluarkan dengan purata RM 472.79 tiap kompaun. Sejumlah 67 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 74 kes telah disabitkan kesalahan dan sejumlah RM 21,300.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 287.83 tiap denda. Manakala bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini, jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak 6,733 dengan nilai RM 3,083,600.00. Sejumlah 575 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 304 kes telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah RM 95,550.00 denda telah dikenakan.
2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, daripada 6,361 lawatan pemeriksaan sejumlah 2,902 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1,684 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 350,525.00 dengan nilai purata RM208.15 tiap kompaun. Bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini, sejumlah 11,774 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 5,678 kesalahan telah dikompaun dengan nilai RM 1,249,900.00.
Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 17 Mei 2012 |
Ditambah pada | 17-05-2012 04:00:00 |